Tuesday 31 January 2012

~ Dia

Hari terakhir di bulan Januari 2012 nih jugak,
Ade titipan gembira buat saya tentang si dia.
Dia dah tak perlu duduk di "rumah sakit" lagi.
Dia dah boley pulang ke rumah.
Alhamdulillah, Tuhan mendengar doa semua org untuk dia.
Semua orang rindukan dia.
Apatah lagi saya.
Setiap saat, saya sentiasa memikirkan perkembangan kesihatannya.
Biarpun masih memerlukan rehat di rumah sakit itu pada setiap pagi, saya yakin dia dapat menjalaninya dengan tabah, sabar dan tenang.
InsyaAllah :)

Dia adalah hamba Allah yang tak pernah terduga untuk menjadi senarai teratas dalam hati saya.
Dia antara insan yang selalu saya rindukan selain keluarga, rakan2 dan sahabat rapat.

Dia menjadi inspirasi saya dalam menjalani hidup setiap hari.
Kata2 semangat yang diberi saban hari, membuatkan saya semakin matang dalam membuat sebarang keputusan.

Usikan dia yang terlalu "cynical" setiap detik, mengajar saya menjadi sedikit tegar dalam apa jua keadaan.
Menjadi se"sarcastic" dia memang tak mudah.
Bisa membuat diri dibenci.
Malah mudah disalah anggap teman2 pula.
Tapi itulah dia.
Dia firm.
Dia dalam kelasnya yang tersendiri.
Setia pada keluarga, penyayang dan punya ego tersendiri.
Sebagai ketua keluarga, saya pasti dia sentiasa mencontohi kepimpinan Rasulullah S.A.W

Peribadi yang ada pada dia juga membuatkan saya buka mata untuk tidak terlalu mudah jatuh hati pada orang2 gelandangan.
Dan kalau ditanya tentang jejaka pujaan, sepantas kilat saya boleh katakan sy mahu lelaki sepertinya.
Ya, saya yakin saya perlu lelaki seperti dia.
Tidak ada lain hanya seperti dia. :)

Bercerita tentang dia, buat saya begitu senang sekali.
Terlalu banyak untuk ditulis.
Terlalu positif untuk dikongsi, sehingga bimbang di salah erti.
Berkongsi masalah dengan dia buat saya selesa.
Selain menjadi pendengar setia,
Dia juga adalah cermin yang sentiasa memberi pendapat wajar.

Komen ikhlas dan jujur itu, kadang kala perit untuk didengar.
Apatah lagi untuk ditelan.
Namun seperti yang saya katakan,
Dia adalah dia.
Tidak hipokrit, semata2 untuk buat saya terbuai dengan pujian sahaja.

Allah dengarlah..
Seperti semalam, hari ini saya masih rindukan dia.
Semoga esok juga saya masih rindukan dia.

Harapan untuk hari esok, temukanlah saya dengan insan seperti dia.
Insan yang bakal menjadi pelengkap dan teman hidup saya kelak.

Doa saya smoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik kepada dia...

Semoga pemilik senyuman manis itu sentiasa tabah menjalani ujianNya.
Untuk hari esok, semoga saya bisa temui cinta hati saya yang selalu seperti dia....



~ Gemok Oh Gemok!

Assalamualaikum..
Haii all..
Lame betul dah tak menulis dalam ruangan nih.
Rasa rindu pulak.. :)

Kalau nak diungkap rasa rindu tu..
Memang payah.
Tak tahu nak explain mcamane..
Tapi rindu tu ade dalam jiwa.
Orang kata, kalau rindu tu senyap2 je lah! :))

Pagi nih cuaca amat baik.
Hari terakhir untuk Januari 2012, saya masih off day.
Cuaca tak panas dan tak sejuk.
Baru lepas hujan.
Kalau ikut plan, lepas subuh tadi nak sangat ke swimming pool.
Lame sangat tak bersenam, jauh sekali nak swimming.
Tapi sebab hujan, tiada aktiviti yang sesuai melainkan sambung tido aje la.

Pejam mata, mata pulak tak boleh lena.
Belek-belek handphone, semua game yg ade didalamnya dah katam dimain. Boring haih.
Bukak ipad, tengok2 gambar2 lama yg tersusun rapi nih, rasa rindu pulak dengan moment2 dulu.
Lalu, hati ini ingin mencoret sesuatu untuk tatapan sendiri.

Kata orang,
Semalam adalah kenangan..
Esok adalah harapan...
Dan hari ini adalah kenyataan.

Saya bersyukur kerana sehingga ke hari ini, saya masih dikelilingi insan2 yang saya sayang.
Kawan2 yang positif dan relative yang sentiasa menyokong saya tanpa jemu.

Bercakap tentang insan2 yang saya sayang, siapa sangka ia sering bersilih ganti.
Benarlah kata orang tua2..
Usah terlalu sayang, bimbang menjadi yg paling benci.
Dan siapa sangka, manusia yang tak pernah terduga, menjadi antara senarai nama paling atas dalam hati saya:)

Pejam celik pejam celik, hampir dua minggu adik yang selalu menjadi tempat luahan marah saya berada di tempat orang.

Sejak tiga hari yang lepas, kami putus hubungan.
Melalui kiriman email dan mesej untuk saya yang lalu, dia bakal ke tempat yang jauh lebih pedalaman.
Tiada servis internet katanya.

Ketiadaan dia sejak beberapa minggu ini, personaly memang amat terasa. Apa tidaknya, dia adalah antara insan yang memahami siapa saya.

Bila saya marah, dia tahu mcamana nak handle.
Bila saya "cranky"...soklan2 yang selalu wat saya rimas yang datang dari dia tu lah sebenarnya pengubat emosi sy.
Bila nak mengamuk, dia "serahkan" dirinya untuk dicubit2 saya.
Bila hati rasa nak menyakat, dialah insan yang paling layak untuk disakat.
Suke tengok si gemok marah!
Yup, dialah si gemok yang sy rindu..!

Aahh...bencinya bila terpaksa nak akui yang sy rindukan die. Masalahnya terpaksa ke? Hahaha...:D Gemooookkkk...cepatla balik Mesia..! Kakak rindu nak buli gemok! bluwerrrkk.. :P

Saturday 21 January 2012

~ Hanya Allah Yang Tahu

Ajal Maut...
Jodoh pertemuan...
Semua ditangan Tuhan.

Takut bila memikirkan tentang mati.
Tak kira lah ia ttg kematian ahli keluarga, orang tersayang, rakan2 ataupun diri sendiri..
Namun, bila ditanya tentang persiapan dan bekalan untuk dibawa ke sana kelak, memang belum pernah cukup.

Bila bersendirian duduk di atas tikar sembahyang selepas solat fardhu,
Hati mula bertanya sendiri.
Bagaimana ye nasib di alam kubur nanti?
Bagaimana keadaan di sana?
Gelapkah? Terangkah?
Benarkah seperti yg digambarkan ustazah dan ustaz masa aku kecil2 dahulu..?

Benarkah cerita2 ular hitam besar akan datang melilit jika solatku tak pernah cukup?
Benarkah tanah kubur akan menghimpit tatkala diri ketandusan ibadah padaMu?
Ya Allah, Tuhanku.. lalainya aku.

Justeru tulisan ini ditulis sekadar untuk mengingatkan diri sendiri jua.
Hidup di dunia hanya sekali.
Hidup yg kekal pasti disana.
Kalau bukan perubahan itu dibuat sekarang, bila lagi kan?
Bimbang nanti tak sempat pula ;(

Yang pasti,
Ajal itu hanya Tuhan yg tahu.
Hidupku dan matiku hanya untukMu..

Sama serupa bila disentuh soal jodoh.
Cukup2 lah bertanya..
Aku manusia biasa..
Yang punya rancangan..
Namun tak bisa menolak rancangan Si Pencipta Alam Semesta...

Yang pasti,
Doa yg dipanjat..
Moga dia yg dihajat,
Dipertemukan Allah di Jabal Rahmah kelak..
Amin, InsyaAllah.

Ajalku, Mautku, juga Jodohku..
Hanya Allah yang tahu.. :)

P/s: Tahniah kpd mereka yg melangsungkan perkahwinan hari ini.
: Takziah pula buat mereka yg kehilangan org tersayang...

*muhasabahdiri

~noktah~

Friday 6 January 2012

~ Yang Mana Lebih Indah..?

Hidup ini akan indah..
Bila dia yang kita pandang sangat jauh..
Menghampiri kita untuk merasa lebih dekat..

Hidup ini pasti indah..
Bila sahabat yg kita cinta..
Juga punya perasaan dan rasa yg sama..

Hidup ini terus indah..
Bila orang yang kita sayang..
Menjadi peneman sehidup semati..

Hidup ini terasa indah..
Bila dia yang kita punya..
Setia selamanya..

Hidup ini sangat indah..
Bila yg dipuja..
Turut memuji diri ini..

Hidup ini memang indah...
Hari ini kita terlalu sukakan seseorang..
Tetapi esok belum tentu.

Hidup ini begitu indah..
Bila orang yg kita cinta..
Menjadi orang yg paling dibenci..

Hidup ini sememangnya indah...
Bila dia yg kita benci...
Mendapat karma duniawi..

.....yang mana lebih indah?

xoxo