Thursday 20 October 2011

~ Cintaku subur di Bumi Gaza


Siapa bilang menjadi seorang wartawan penyiaran, tiada mase untuk bercinta?
Walaupun pernah dikecewakan, namun tidak dinafikan tugasan besar pertama saya ke Gaza, Palestin dua tahun lepas (Jan'2009), menjadikan saya seorang pecinta setia.
Cinta dgn siapa eh?
..hmmm,soalan mudah tapi agak rumit utk dijawab :P




***********************************
4 hari di bumi Gaza menjadikan sy seorang yg sangat bersyukur.
Syukur menjadi rakyat Malaysia yg sentiasa hidup dalam keadaan aman dan tenteram...
Syukur masih menjalani kehidupan duniawi bersama ibu, abah dan keluarga tercinta...
Syukur masih mempunyai kesihatan yg baik...
dan...
Syukur sebab masih bebas melakukan rutin kegemaran dengan tenang bersama kawan2 tercinta.


***********************************

Berbanding di Gaza, di sana sini bunyi dentuman berbalas tembakan.
Pemandangannya juga tidak ada yg lebih indah berbanding bangunan rosak, berlubang2 dan separuh hancur bagaikan runtuh dilanggar garuda.
Siangnya bertemankan polis2 zionis- terhad untuk penduduk tempatan ke sana ke mari..
Dan malamnya berbisikkan ngauman bom mortar dan percikan bom tangan yg kerlipannya bagaikan bunga api di aidilfitri. Kejam dan bingit. Hmm~


************************************

Justeru, tak salah kan kalau sy katakan, bumi Gaza mengajar sy erti kehidupan sebenar..?
Melihatkan kanak2 seawal 6 tahun dah mula mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga, membuatkan sy malu dgn diri sendiri.

Rentetan dari situlah, sy belajar berfikiran positif..selain bersyukur dengan apa yg ada disekililing.
Bayangkan, ketika melawat salah sebuah rumah anak yatim di pinggir Gaza City, (sy dah x berapa igt namanye..) mudah betul hati sy tersentuh.

Kebanyakan anak2 dibesarkan tanpa kasih syg sebenar seorng ibu dan ayah, namun mereka ttp gembira menjalani kehidupan seharian.
Malah2..tanpa ragu mereka sepakat berkongsi kasih antara satu sama lain sejak kecil lagi.Hmm..kite dengan adik beradik sndiri pon ada kala bertelagah sesama sendiri kan?

Melihatkan itu, sy tidak melepaskan peluang memberi sedikit kasih syg yg ada.
Ternyata,mereka menyambut dan menghargainya dengan baik sekali.
Alhamdulillah..ia kekal sehingga ke hari ini :)

Bercerita ttg budaya dan makanan di Gaza, tak banyak bezanya dengan makanan di Mesir.
Shawarma, kebab, roti, nasi, dan kambing..Itulah ruji harian penduduk tempatan.
Jangan terkejut..di Gaza sy sendiri pernah disajikan dengan minuman strawberry shake dekat salah sebuah restoran di sana.~
Selain itu...
Sy dan team juga berkesempatan melawat pasar yg menjadi nadi penduduk Gaza di Gaza City dan membeli makanan laut di pesisir pantai di sana. Ketam, ikan dan ayam memang fresh, selain sayuran mereka lebih sedap berbanding di Malaysia. Murah dan maniss!

************************************

Buah-buahan di Gaza juga tidak kurang hebatnya. Oren dan strawberry yang paling lazat. Capsicum dan sawi apetah lagi ;P MasyaAllah... Semuanya tak terkata manis dan sedapnya.
Dan percaya atau tidak, di setiap tanah yg gersang, di situlah buahan oren ini akan tumbuh subur seperti cinta sy pada bumi anbia ini. Kuasa Allah sangat kan? Hebatnya Gaza, sehingga bumi yg sedang bergolak itu mempunyai matawang yang sama dengan Malaysia. 1 sheqal = RM 1. Dasyat bukan?



****************************************
Apapun,
Sejarah dan perjuangan penduduknya juga takkan mudah sy lupekan.
Rebahnya mereka sebagai Syahid..
Perjuangan mereka Fisabilillah..
Semoga yg dah "pergi" ditempatkan dikalangan kekasih Allah.

Dan pastinya, doa sy semoga ukhwah yg terjalin ini tidak hanya terhenti setakat ini..
Yang pasti, mengenali Gaza tidak kenal erti penyesalan..
Malah rasa rindu makin meluap tatkala potret2 ketika disana ditatap rapi.
Bila lagi kite akan bersua lagi ye? ...InsyaAllah, suatu hari mungkin~
~sigh~
Moga cinta ini terus subur dan mekar tertanam dalam hati.
Allahualamm..>(^~,)*
<3<3<3

Thursday 13 October 2011

~ Me, Myself & I

Salam..
Sawadeeka...
Merhaba...
Hii kawan2...

Alhamdulillah, akhirnya impian nak ade blog sendiri tercapai jua.
Selama nih selalu dgr kawan2 berkongsi cerita di blog masing2 je. Now bila dah ade blog sendiri, rase excited sgt.. Tapi jadi malu2 pulak bile nak kene
"post" sumthng. Haiihh... Cmane nih. Malu pulak ;P

1st of all, thanks zulaikha zubir sbb sudi menjadikan impian sy menjadi realiti. Thnx sbb tolong mencantikkan blog sy wlaupon post pertama lame noo nak di "publish" kan..kan? Thanks sbb memahami kehendak dan melayan "kerenah" zurasamah yg nak macam2 "widget" kat blog nih ek. Sy hepi. Tq so much dear!
Ermmm..nak mulakan dgn ape eh..

Ok..meh nak cite mengenali zurasamah~

Sy anak kedua dari 2 org adik beradik. Ade seorang kakak yg dah ade 3 orang anak (arif,hulwana & aimi shauqi)..

Alhamdulillah, kalau dulu mase kecik2 kami suke sangat bergaduh ( sbb kami beza 2 thn je), tp now nih, pas dah menjadi "ummi", akak lebih mengalah dan kami lebih sayang menyayang. Hehehe. Dulu mase kecik2, klu bergaduh je..mesti sy yg kene marah. Sbb akak tu suke menangis. Sy kental. Macam budak lelaki. Pastu, mak mesti menangkan akak. Sy jgk yg kene mengalah.

Hmm..padahal mak x th tu yg sy menangis dlm hait. (ceh..kecik2 pon da ada ego-xnak tunjuk nangis dpn org). Tp akak pandai pujuk. Sbb lpas da kene marah ngan mak, musti majuk n dok dlm bilik xnak makan. Akk yg dtg pujuk. Rindu moment2 tu.

Now akk da kawen tp kami still rapat macam dlu. Now anak2die pulak yg manja ngan sy. ...akak, walaupon sy x pnah ckap dpn akak, sy nak bagitahu ni yg..sy sayang sgt ngan akak. Sy xde akak lain kat dunia ni dan sy harap akakla kakak yg sy ade dunia & akhirat. Sayang sgt ngan kamu akak! - Norkamalia Abu Samah. And dielah orgnya yg mem"brand" kami adik beradik sbg ..."sam's daught" (anak perempuan samah) .. And now sy guna sbg "samZS_daught" sbb ZS tu refering to zurasamah :)
Akak jgk merupakan org yg bertanggungjawab menjadikan sy dikenali di tv9. Tak pernah terlintas dalam diri nak memasuki bidang ini. Tapi akaklah yg mendorong dan memberi galakan pada sy - lima tahun dulu.
Igt lagi, mase mula2 datang audition untuk pemilihan program Pesona Nona @ Nona kat tv3. Gigih akak isi kan borang...bagi 100% support lagi. Sehinggalah sy terpilih menjadi 9 finalist dalam Pesona Nona. (dulu dikenali sbg Pengacara Jemputan Nona).. Namun xada rezki.. Sy terkandas dipertengahan jalan. Tp xpe. pengalaman itu x akan sy lupekan.
Dan bertitik tolak dari situla, kini sy berada dalam Berita TV9. (satu2nya peserta yg mengenakan hijab ketika itu). Alhamdulillah. Thanks akak sebab mendorong impian sy menjadi realiti. <3 eu! :))
Hmmm...
Ape lagi eh?


Zurasamah orngnya sgt tradisional.suke kan budaya melayu. Mungkin sebab mewarisi bakat abah sbg seorang penari, pandai berteater dan pandai bermain gamelan.
Abah pon seakan menggalakkan dan sedia memupuk minat itu sejak sy kecil lagi. Ape tidaknya, umur sy 8 tahun, sy dihantar ke kelas di bawah program tunas budaya anjuran kompleks budaya negara.
Ingat lagi waktu tu..kelas setiap ari sabtu (3pm-5pm) dan setiap ahad (9am-11am). Abah yg hantarkan kat KBN yg sekarang ni dikenali sbg Akademi Seni Kebangsaan - dkt dgn padang merbok . And setiap kali negara menyambut "hari kanak2 sedunia".. Mesti sy terlibat mengadakan persembahan yg diadakan di Pusat Penerangan & Pelancongan MATIC.. Maknenye kecik2 lagi da pndai menabung ni. Sbb lepas persembahan je, kami dapat bayaran tau;)) ehehh~every year la. Paling best n x dpt lupe, mase tahun 1993- mase tu umur 10 tahun, kami pi Beijing, China. Wat persembahan kat sane. Cayalahhh~ sehingga skrg, kawan2 yg rapat, dah tahu sgt "perangai" sy yg satu ini klu kami lepak2 kt luar @ opiz. Hihi :P
Alhamdulillah, bakat dan minat itu masih segar dalam diri sehingga ke hari ini. Trimass yg x terhingga kpd cikgu2..
Cikgu gamelan - cikgu yusof..
Cikgu drama- allayarham cikgu sudiro sukiman
& cikgu kelas tari- cikgu hamzah & d gang :)
Semoga kalian mempunyai kesihatan yg baik~

Warna kesukaan zurasamah?
Hmmm...


Sejak kecil hingga belajar di universiti - sy sangat suke kan kaler kuning. Terlalu obses dengan kuning. Sampai pernah ade cita2 nak bukak kedai mkn berkonsepkan kuning. Segala kuih muih kaler kuning. Boley? Hahahaha...tp mak pulak ,menggalakan sy sinonim dengan pink. Mase zaman sekolah dulu, baju raya mesti pink. Cadar kat bilik pink. Smpi cat dinding kat bilik dulu pon pink. Adoiii... "Gurlgel"sangat la... X leh carry! Hehehe. Tp apepun, bile dah meningkat dewasa, biasalah... Klu org tanye... Musti sy jawab.... Warne feveret? Hmmm.. Hitam,merah n putih. :))
Makanan kegemaran? ...dah tentula asam pedas. Sy pon suke tomyan, soto johor n laksa johor. Jgn terkejut sbb sy pon seorang yg sgt gilekan keropok lekor ;) hihi. Tp apepun, zurasamah x pernah memilih. Makan je apa yg terhidang. Macam sy pernah ckpkn, sbb sy lebih bersikap "kakak" ...xde istilah x suke dalam diri . Melainkan sy btol2 x suke. Eh? Hmmm... Yelaa :)
Ok la.. Bnyak sbnrnya yg nak diceritakan. ...tp nnt2 dulu la eh. InsyaAllah ade bnyak lagi yg nk dikongsikan.
Apapun, ini permulaan "tulisan" sy. Sy x pandai berbahasa sgt. Sekadar menulis ape yg terlintas dlm diri...dan ikhlas ingin berkongsi. Maaf andai ade tersalah dan terkasar bahasa ye~
Salam perkenalan dari saya..moga silaturahim yg terjalin akan sentiasa diredhai Dia. InsyaAllah.. Moga kite jumpe lagi. Salam manis dari zurasamah. Jumpe lagi! Assalamualaikum~~ see ya :)

with izwan azir salleh@ perhimpunan UMNO 2009


photoshoot session with jomstar.com

<3

pose sikit :p

salam manis~