Thursday 20 October 2011

~ Cintaku subur di Bumi Gaza


Siapa bilang menjadi seorang wartawan penyiaran, tiada mase untuk bercinta?
Walaupun pernah dikecewakan, namun tidak dinafikan tugasan besar pertama saya ke Gaza, Palestin dua tahun lepas (Jan'2009), menjadikan saya seorang pecinta setia.
Cinta dgn siapa eh?
..hmmm,soalan mudah tapi agak rumit utk dijawab :P




***********************************
4 hari di bumi Gaza menjadikan sy seorang yg sangat bersyukur.
Syukur menjadi rakyat Malaysia yg sentiasa hidup dalam keadaan aman dan tenteram...
Syukur masih menjalani kehidupan duniawi bersama ibu, abah dan keluarga tercinta...
Syukur masih mempunyai kesihatan yg baik...
dan...
Syukur sebab masih bebas melakukan rutin kegemaran dengan tenang bersama kawan2 tercinta.


***********************************

Berbanding di Gaza, di sana sini bunyi dentuman berbalas tembakan.
Pemandangannya juga tidak ada yg lebih indah berbanding bangunan rosak, berlubang2 dan separuh hancur bagaikan runtuh dilanggar garuda.
Siangnya bertemankan polis2 zionis- terhad untuk penduduk tempatan ke sana ke mari..
Dan malamnya berbisikkan ngauman bom mortar dan percikan bom tangan yg kerlipannya bagaikan bunga api di aidilfitri. Kejam dan bingit. Hmm~


************************************

Justeru, tak salah kan kalau sy katakan, bumi Gaza mengajar sy erti kehidupan sebenar..?
Melihatkan kanak2 seawal 6 tahun dah mula mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga, membuatkan sy malu dgn diri sendiri.

Rentetan dari situlah, sy belajar berfikiran positif..selain bersyukur dengan apa yg ada disekililing.
Bayangkan, ketika melawat salah sebuah rumah anak yatim di pinggir Gaza City, (sy dah x berapa igt namanye..) mudah betul hati sy tersentuh.

Kebanyakan anak2 dibesarkan tanpa kasih syg sebenar seorng ibu dan ayah, namun mereka ttp gembira menjalani kehidupan seharian.
Malah2..tanpa ragu mereka sepakat berkongsi kasih antara satu sama lain sejak kecil lagi.Hmm..kite dengan adik beradik sndiri pon ada kala bertelagah sesama sendiri kan?

Melihatkan itu, sy tidak melepaskan peluang memberi sedikit kasih syg yg ada.
Ternyata,mereka menyambut dan menghargainya dengan baik sekali.
Alhamdulillah..ia kekal sehingga ke hari ini :)

Bercerita ttg budaya dan makanan di Gaza, tak banyak bezanya dengan makanan di Mesir.
Shawarma, kebab, roti, nasi, dan kambing..Itulah ruji harian penduduk tempatan.
Jangan terkejut..di Gaza sy sendiri pernah disajikan dengan minuman strawberry shake dekat salah sebuah restoran di sana.~
Selain itu...
Sy dan team juga berkesempatan melawat pasar yg menjadi nadi penduduk Gaza di Gaza City dan membeli makanan laut di pesisir pantai di sana. Ketam, ikan dan ayam memang fresh, selain sayuran mereka lebih sedap berbanding di Malaysia. Murah dan maniss!

************************************

Buah-buahan di Gaza juga tidak kurang hebatnya. Oren dan strawberry yang paling lazat. Capsicum dan sawi apetah lagi ;P MasyaAllah... Semuanya tak terkata manis dan sedapnya.
Dan percaya atau tidak, di setiap tanah yg gersang, di situlah buahan oren ini akan tumbuh subur seperti cinta sy pada bumi anbia ini. Kuasa Allah sangat kan? Hebatnya Gaza, sehingga bumi yg sedang bergolak itu mempunyai matawang yang sama dengan Malaysia. 1 sheqal = RM 1. Dasyat bukan?



****************************************
Apapun,
Sejarah dan perjuangan penduduknya juga takkan mudah sy lupekan.
Rebahnya mereka sebagai Syahid..
Perjuangan mereka Fisabilillah..
Semoga yg dah "pergi" ditempatkan dikalangan kekasih Allah.

Dan pastinya, doa sy semoga ukhwah yg terjalin ini tidak hanya terhenti setakat ini..
Yang pasti, mengenali Gaza tidak kenal erti penyesalan..
Malah rasa rindu makin meluap tatkala potret2 ketika disana ditatap rapi.
Bila lagi kite akan bersua lagi ye? ...InsyaAllah, suatu hari mungkin~
~sigh~
Moga cinta ini terus subur dan mekar tertanam dalam hati.
Allahualamm..>(^~,)*
<3<3<3

9 comments:

  1. Syukurrr...ALHAMDULILLAH....dirimu terpilih olehNYA tuk merasai Nikmat KasihsayangNYA...KebesaranNYA..KeagunganNYA..Subhanallah....
    ^_^ Teruskanlah semarakkan cintamu..kasihmu duhai saudaraku....KeranaNYA...
    well done!

    ReplyDelete
  2. kaka zura, cinta ngan saperrr..i like u style

    ReplyDelete
  3. soryyy, kak zura,,i like ur style ..adik kacau..luv sis

    ReplyDelete
  4. http://www.izyan.com/2009/11/bakal-isteri-khair-syed-hussein.html

    Adakah berita ini benar?. kalau ya..tahniah!

    ReplyDelete
  5. http://www.izyan.com/2011/11/lagi-artis-bertudung-akma-af3-dan-zura.html

    Pergorbanan?.

    ReplyDelete
  6. Please give me answers... I dont care what other would say.. I need to know..

    Is it true?

    ReplyDelete
  7. syukur...antara assignment awak yg terhebat sebagai wartawan penyiaran...keep it up!!

    ReplyDelete
  8. keberanian awak sebagai wartawan harus di puji dan dijadikan contoh kepada mereka yg berminat utk menjadi wartawan....melaporkan peristiwa di kawasan perang bukan mudah...kekuatan fizikal& mental mesti ada...laporan yg awak muatkan di Berita TV9 amat berkesan pd mereka yg menonton...syabas...

    ReplyDelete