Saturday 25 February 2012

~ Tanggangkah aku...?

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t.
Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)

Di lahirkan dan dibesarkan sebagai anak bongsu dari dua orang adik beradik kadang2 buat aku terbeban.
Bukan kerana dipaksa membuat semua kerja, tapi hakikat sebagai anak abah yg paling manja, terkadang aku menyesali sikap semulajadi itu. Apa tidaknya, kerana sikap manja itulah, hari ini mak masih menganggap aku budak yg tidak pandai membuat sebarang keputusan dalam hidup, malah perlu dipaksa pula dalam membuat pilihan!
Justeru, andai bisa diberi peluang kedua, mahu aje aku ulangi hidup ini dengan Aku yg baru!

Benar aku menyesal menjadi aku.
Menyesal menjadi yg paling manja dalam keluarga.
Menyesal menjadi yg paling rapat dengan abah.
Menyesal kerana menjadi yg paling intim berkongsi suka duka bersama mak.
Meyesal..menyesal..menyesal.

Lewat 20-an ini, aku diuji dengan dugaan yg paling dasyat.
Aku tak rapat dah dgn mak.
Mak berubah sama sekali.
Dah tak macam dulu.
Tak macam masa aku di Menegah Rendah dan Atas..
Tak macam masa aku kat UiTM..
Mak langsung dah taknak cuba untuk memahami isi hati aku.
Mak makin mendesak.
Malah, memaksa aku untuk akur dan patuh dengan keputusan "pelik" dia pula.

Paling jelik bila mak selalu menggunakan abah dalam cubaan merealisasikan impiannya.
"abah cakap......."
"abah yang suruh pesan........"
".....kene la terima sebab abah yg mintak!"

Sebab mak tahu kelemahan aku adalah abah;
Itulah dialog biasa mak bila aku cuba mengelak dan enggan bersetuju dengan pendapat dan permintaannya.
Aku tahu abah tak macam tu. Sumpah abah tak macam tu!

Tak pernah terlintas dalam diri, aku mahu membenci mak.
Jauh sekali melukakan hati mak.
Tapi kenapa mak cepat berubah?

Mak dengarlah..
Permintaan aku cuma satu.
Aku mohon mak bisa menerima luahan hati ini.
Bisa memberi peluang untuk aku menentukan hala tuju hidup sendiri.
Percayalah mak, anak mak kini sudah pandai membezakan antara kaca dan permata.
Beri aku peluang itu mak.
Aku bukan anak kecil lagi.
Apa yang aku perlu adalah restu mu.
Aku penat meniti hari penuh liku.
Berat jiwa dengan dosa memendam rasa curiga pada mak.
Diam aku bukan setuju.
Lantang aku tak ingin menderhaka.
Ketahuilah mak, aku sekadar menjadi aku.
Yang mengharap diberi peluang mencorak perjalanan hidup sendiri.

Aku penat mak.
Cukuplah kita sering diganggu orang ketiga.
Orang ketiga yang tiada langsung pertalian darah dengan kita.
Dia bukan ibu-ibu saudara aku yang sering mak persalahkan.
Dia adalah si bangsat yang dah meracuni pemikiran mak;
Dengan janji-janji manis yang tidak bertepi...
Dengan angan-angan kosong yang bisa membuat mak terlena dibuai mimpi.

Demi Allah aku rindukan belaian mak.
Aku rindukan keakraban kita berkongsi cerita suka duka.
Tak perasankah mak yang kita semakin jauh?
Kita bagai sudah bermusuh.

Ingin sekali aku pulang ke rumah bertemu mak.
Cium tangan mak. Cium pipi mak.
Peluk mak erat-erat.
Paling penting, berterus terang dengan mak depan2..
Tapi aku takut.
Takut dengan tindakan berani mak yang kadang2 aku sendiri ngeri untuk membayangkannya.

Doa aku semoga Tuhan bisa melembutkan hati mak.
Moga Allah juga bisa cekalkan hati dan semangat untuk aku lalui semua ujian ini.
Aku percaya, suatu hari nanti pasti aku punya kekuatan itu untuk bertemu dengan mak.

Allah dengarlah,
Jauhi kami dari sifat marah dan dendam.
Jauhi kami dari godaan syaitan laknatullah.

Maha Pemurah,
Kau panjangkanlah usia kami.
Satukan hati kami dengan penuh rasa kasih dan sayang.
Jauhi kami dari menjadi anak derhaka.

Untuk mak,
Aku terlalu rindu dan sayangkanmu.
Berbulan kita tidak bertemu.
Andai kau masih tersinggung, aku mohon seribu kemaafan dari jauh...

Tanggangkah aku...?
Allahualam.



4 comments:

  1. I would never know unless u go there and meet ur mother..

    Thats is how i meet my mother..though i dont know for sure how i was born to this world..

    ReplyDelete
  2. Restart and Reboot your relationship with ur mother... and pray.....

    ReplyDelete
  3. hargai lah mak selagi dia masih hidup..kalo ada apa2 masalah cube bincang dengan dia..orang makin tua makin sensitif..cakap elok2 dgn dia..insyaAllah dpt restu dr dia..

    ReplyDelete
  4. kadang2 ape yang kita nak atau perlukan bertentangan dengan kehendak orang tua kita.xpe awak sentiasa berdoa moga dilembutkan hati mak awak dan terima permintaan awak.saya tau awak yang baik dan nak tentukan hala tuju awak sendiri.

    ReplyDelete