Tuesday 31 January 2012

~ Dia

Hari terakhir di bulan Januari 2012 nih jugak,
Ade titipan gembira buat saya tentang si dia.
Dia dah tak perlu duduk di "rumah sakit" lagi.
Dia dah boley pulang ke rumah.
Alhamdulillah, Tuhan mendengar doa semua org untuk dia.
Semua orang rindukan dia.
Apatah lagi saya.
Setiap saat, saya sentiasa memikirkan perkembangan kesihatannya.
Biarpun masih memerlukan rehat di rumah sakit itu pada setiap pagi, saya yakin dia dapat menjalaninya dengan tabah, sabar dan tenang.
InsyaAllah :)

Dia adalah hamba Allah yang tak pernah terduga untuk menjadi senarai teratas dalam hati saya.
Dia antara insan yang selalu saya rindukan selain keluarga, rakan2 dan sahabat rapat.

Dia menjadi inspirasi saya dalam menjalani hidup setiap hari.
Kata2 semangat yang diberi saban hari, membuatkan saya semakin matang dalam membuat sebarang keputusan.

Usikan dia yang terlalu "cynical" setiap detik, mengajar saya menjadi sedikit tegar dalam apa jua keadaan.
Menjadi se"sarcastic" dia memang tak mudah.
Bisa membuat diri dibenci.
Malah mudah disalah anggap teman2 pula.
Tapi itulah dia.
Dia firm.
Dia dalam kelasnya yang tersendiri.
Setia pada keluarga, penyayang dan punya ego tersendiri.
Sebagai ketua keluarga, saya pasti dia sentiasa mencontohi kepimpinan Rasulullah S.A.W

Peribadi yang ada pada dia juga membuatkan saya buka mata untuk tidak terlalu mudah jatuh hati pada orang2 gelandangan.
Dan kalau ditanya tentang jejaka pujaan, sepantas kilat saya boleh katakan sy mahu lelaki sepertinya.
Ya, saya yakin saya perlu lelaki seperti dia.
Tidak ada lain hanya seperti dia. :)

Bercerita tentang dia, buat saya begitu senang sekali.
Terlalu banyak untuk ditulis.
Terlalu positif untuk dikongsi, sehingga bimbang di salah erti.
Berkongsi masalah dengan dia buat saya selesa.
Selain menjadi pendengar setia,
Dia juga adalah cermin yang sentiasa memberi pendapat wajar.

Komen ikhlas dan jujur itu, kadang kala perit untuk didengar.
Apatah lagi untuk ditelan.
Namun seperti yang saya katakan,
Dia adalah dia.
Tidak hipokrit, semata2 untuk buat saya terbuai dengan pujian sahaja.

Allah dengarlah..
Seperti semalam, hari ini saya masih rindukan dia.
Semoga esok juga saya masih rindukan dia.

Harapan untuk hari esok, temukanlah saya dengan insan seperti dia.
Insan yang bakal menjadi pelengkap dan teman hidup saya kelak.

Doa saya smoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik kepada dia...

Semoga pemilik senyuman manis itu sentiasa tabah menjalani ujianNya.
Untuk hari esok, semoga saya bisa temui cinta hati saya yang selalu seperti dia....



5 comments:

  1. yang terbaik tetap akan dapt yang terbaik kerana seperti yang telah di janjikan tuhan gadis baik mcm awak akan dapt lelaki baik yang akan teman awak bukan hanya di dunia tapi hingga ke syurga:-)

    ReplyDelete
  2. Jadi, kenapa dia?

    Dia bukan seperti yang kau bayangkan...
    Dia yang memakai berbagai topeng
    Dia yang wajahnya bersembunyi disebaliknya topeng-topengnya
    Dia bukan pencanang inspirasi tetapi pedagang mimpi compang
    Dia pandai memberi kata semangat tetapi sebenarnya setiap kata berbau hamis

    Jadi, kenapa dia?

    Dia cuma peniaga mimpi palsu yang acap menjadikan manusia rapuh pelanggan bodohnya
    Dia parasit haloba menyedut setiap tetes emosi manusia rapuh
    Dia nibung bangsai bertaruk muda

    Jadi, kenapa dia?

    ReplyDelete
  3. This is 11 FEB 2012..
    I believe i have heard..somebody birthday was on FEB 23rd..
    Congratz..may they live a happy life..

    He is still there..
    Waiting for somebody..for some one..for something..
    Special or not..human or just robot..

    I feel pity on him..
    I know his feelings..
    I have been through there..
    Being alone at this time..
    Only GOD knows..

    But I just dont know what to do..
    I think..

    If I am so busy here..
    Cant even visit him there..
    Maybe I could just call him..
    To do that..

    I need his number..

    Could U kindly give me that?..

    P/S: In TV we see,

    Penyebaran gambar Chua..his friends was there..
    Penyebaran gambar Anuar...his friends was there..
    Penyebaran gambar Eli..his friends was there..

    Why is he always have to deal those hardship alone?

    Until now?

    ReplyDelete
  4. Kelassss jah jari mcm mana skg...harap sihat

    ReplyDelete